Lawatan di Suzhou:
• Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan
pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman
yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak
warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern,
Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi ke-
sempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
• Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou,
terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s
Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti
jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana
tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah.
Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental
Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai
bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan
persahabatan antara Singapura dan China.
• Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang
merupakan masjid utama disini yang dibina pada tahun 1928.
• Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk
yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian
dan banyak lagi.
• Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud
dari Dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan
empangan, dan disambung dengan membina beberapa
batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu,
dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan.
Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara
China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan
dapat dilihat disini.
Bermalam di Shanghai.