Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan
ke Shanghai.
Lawatan di Shanghai:
• Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli
cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini
termasuk butik-butik terkenal.
• The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud
sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat
bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan
berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance
yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan
HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.
Bermalam di Shanghai.
Lawatan di Suzhou:
• Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan
pelbagai lanskap yang disusun indah, merentasi setiap taman
yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak
warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern,
Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi ke-
sempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
• Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou,
terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s
Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti
jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana
tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah.
Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental
Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai
bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan
persahabatan antara Singapura dan China.
• Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang
merupakan masjid utama disini yang dibina pada tahun 1928.
• Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk
yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian
dan banyak lagi.
• Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud
dari Dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan
empangan, dan disambung dengan membina beberapa
batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu,
dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan.
Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara
China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan
dapat dilihat disini.
Bermalam di Shanghai.
• Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl
Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88.
Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang
penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium
yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan
tanpa ruang dan masa.
• Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan
terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk
menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia
menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan
ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.
• Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai
Gemstone Carving Hall dan Tongrentang Herb Center.
• 1000 Trees Mall: keunikan bangunan ini digambarkan
seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia
merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran
dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.
Bermalam di Shanghai.
• Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai
Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti
Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak
menyaksikan tembakan bunga api
penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.
Lawatan di Shanghai:
• Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao
Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai
warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati,
kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian
meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah
jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
• Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden
Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan
sehingga 500 orang pada satu masa.
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba di KLIA Terminal 1.
5H4M Shanghai + Disneyland – from RM 3,290
Tour Code: CSD04-MH-ST
Departure Dates:
2026: Jan 10, 30 ; Feb 06 ; Apr 10, 26 ;
May 01, 31 ; Jun 12
Flight by: Malaysia Airlines
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK
• Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
• Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
• Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
• Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
• Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
• Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
• Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
• Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
• Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
• Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
• Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/china/shanghai-group-tours/5h4m-shanghai-disneyland for latest information.