Lawatan di Chuncheon:
Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokas penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
Lawatan bulan Mac - November
• The Garden of the Morning Calm - taman ini mempamerkan keindahan semula jadi melalui susunan bunga yang menakjubkan dan taman-taman yang direka dengan indah. Sempurna untuk pencinta alam dan peminat drama Korea, latar belakang yang indah ini telah dipaparkan dalam siri TV popular seperti 'Moonlight Drawn by Clouds.
• INSPIRE Aurora LED Display, menampilkan skrin LED sepanjang 150m yang beresolusi tinggi di siling, dinding dan tiang, dengan 'pertunjukan' setiap
30 minit.
Lawatan bulan Disember - Februari
• Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort. Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.
Bermalam di Seoul.