• Istana Musim Panas (Summer Palace) di Beijing ialah taman diraja terbesar di China, terkenal dengan landskap indahnya, tasik yang luas, dan seni bina klasik. Dahulu tempat peristirahatan diraja, kini ia menjadi tarikan pelancongan popular.
• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
• Herbal Medicine Centre adalah tempat yang menawarkan rawatan tradisional menggunakan herba semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan. Ia sering menyediakan perkhidmatan seperti diagnosis perubatan Cina, akupunktur, dan ramuan herba khas.
• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
• Hongqiao Market (Paasar Hongqiao) di Beijing terkenal sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan, termasuk mutiara, batu permata, sutera, elektronik, dan cenderamata. Ia sering dikunjungi pelancong yang mencari mutiara berkualiti tinggi dan barangan buatan tangan dengan harga yang boleh dirunding.
Bermalam di Beijing.