Travel Date : From 09 December , 2025 To 07 August , 2026

5H4M HANOI + SAPA + MOUNT FANSIPAN


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Hanoi (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
Tiba di Hanoi:
• Menikmati panorama pusat bandar Hanoi yang bersejarah iaitu
 Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan
 Chuong Gate.
• Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual
 pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik
 yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
• Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun
 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar
 tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini
 adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan
 perkakasan rumah.
• Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid
 yang ada di Hanoi.
Bermalam di Hanoi.

2 - Hanoi - Sapa (SP/MT/MM)

Lawatan di Sapa:
• Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang
 dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi.
• Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muong Hoa
 Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini.
 Ia juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao.
 Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan mata, keunikan rupa bumi
 di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan
 Perancis.
• Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan
 perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village
 iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya
 adalah orang Hmong
Bermalam di Sapa.

3 - Sun World Fansipan Mt - Cat Village (SP/MT/MM)

Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan.
• Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini
 boleh ditakluk dalam masa 10 – 12 jam oleh para pendaki gunung yang
 handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih
 daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
• Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama
 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt.Fansipan.
• Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.
• Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak
 abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao
 berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah
 terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan
 peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.
• Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.
Penutupan Cable Car dan Train Funikular 24 Nov - 18 Dis 2025
Sun World Fansipan Legend Cable Car akan menutup sementara operasi
sistem kereta kabel dan kereta api funikular bagi tujuan penyelenggaraan
serta penambahbaikan perkhidmatan dan pengalaman pengunjung dan
akan digantikan dengan lawatan di bawah:
• Glass Bridge Sapa iaitu jambatan kaca yang unik terletak di puncak
 Gunung O Quy Ho. Pengjung boleh merasai pengalaman berjalan di atas
 lantai kaca yang jernih ini sambil menikmati pemandangan gunung dan
 lembah yang menakjubkan, seolah-olah berjalan di awan.
Bermalam di Sapa

4 - MOANA SAPA - SAPA - HANOI (SP/MT/MM)

Bertolak ke Hanoi.
• Moana Cafe Sapa yang menyediakan pemandangan gunung yang indah
 serta menjadi kawasan terkenal untuk mendapatkan fotografi terbaik di sini
• Membeli belah di Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.
Bermalam di Hanoi.

5 - Hanoi – Kuala Lumpur (SP)

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.


Price List


Package Remarks

    5H4M Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan – from RM2,490 seorang

    Tour Code: SHN04-MH/AK-ST

    Departure Dates:

    2026 : Jan 23 ; Feb 26 ; Apr 16, 25
               May 13, 31 ; Jun 19 ; Jul 16
               Aug 07

     Flight by: Malaysia Airlines / Air Asia

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes),
       (Hotel berdekatan pantai dan pasar malam).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Kereta kabel (2 hala) dan keretapi (1 hala) ke puncak Fansipan
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/vietnam/hanoi/5h4m-hanoi-sapa-mount-fansipan for latest information.