Travel Date : From 31 January , 2024 To 07 November , 2024

5H4M HANOI, SAPA + MT. FANSIPAN - Muslim


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Hanoi (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.

• Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate.
• Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
• Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori,
pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.
• Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.
• Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Ia juga kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya. Anda juga boleh menaiki beca untuk mengelilingi kawasan ini atas tanggungan sendiri.

2 - Hanoi - Sapa (SP/MT/MM)

• Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi.
• Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muong Hoa Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini. Ia juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao. Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan
mata, keunikan rupa bumi di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan Perancis.
• Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya adalah orang Hmong dan kumpulan etnik Giay.

3 - Sun World Fansipan Mt - Cat Village (SP/MT/MM)

• Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10– 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
• Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan.
• Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza.
• Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.
• Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.

4 - Sapa - Vietnam/Chinese Border - Hanoi (SP/MT/MM)

• Berhenti di bandar Lao Cai dan bergambar di Border Markers No. 102 yang merupakan sempadan negara antara Vietnam (Lao Cai) dan China (Hekou). Laluan sempadan ini biasanya digunakan sebagai medium pengangkutan barang antara dua negara Vietnam dan China.
• Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.

5 - Hanoi – Kuala Lumpur (SP)

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.


Price List


Package Remarks

    5H4M Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan – from RM2,590 seorang

    Departure Dates (2024):
    Jun 05

    Flight by: Malaysia Airlines

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Kereta kabel dan keretapi ke puncak Fansipan
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/vietnam/hanoi/5h4m-hanoi-sapa-mt-fansipan-muslim for latest information.