Travel Date : From 09 December , 2025 To 07 August , 2026

5H4N DALAT + HO CHI MINH


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - HO CHI MINH - DALAT (MT/MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan
bertolak ke Dalat.
Tiba di Dalat:
• Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam
 ini dipenuhi dengan gerai berwarna-wami yang menjual pelbagai makanan
 ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati.
Bermalam di Dalat.

2 - DALAT (SP/MT/MM)

Lawatan di Dalat:
• Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan
 ukiran struktur binaan menggunakan tanah liat. Peserta boleh melihat
 pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan
 lain-lain.
• Mongoland: Taman bertemakan suasana Mongol ini dipenuhi dengan
 taman bunga, tasik dan miniatur yang mempunyai sudut yang menarik
 untuk bergambar. Anda boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan
 yang jinak di sini.
• Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta
 kabel untuk sampai ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air
 terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.
• Crazy House: Bangunan ini dicipta oleh seorang artis Vietnam berumur
 79 tahun. Rumah gergasi ini menggabungkan konsep rumah dengan
 struktur pokok, dahan gergasi dan alam semulajadi seperti haiwan,
 cendawan, sarang labah-labah dan gua.
• Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000 meter
 persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik,
 menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat.
• Amiee Dalat : Membeli belah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis
 pakaian Muslimah seperti telekung, tudung, dan pakaian harian
Bermalam di Dalat.
Bermula dari April 2026 (SP/MM)
• Lawatan ke Crazy House akan ditukarkan kepada lawatan menaiki
 Cable Car menuju ke Robin Hill. Perjalanan sejauh 2 kilometer dan
 mengambil masa selama 22 minit dengan melihat landskap semula jadi
 yang memukau.

3 - DALAT - MUINE - HO CHI MINH (SP/MT/MM)

Lawatan di Muine:
• Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk
 bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang
 pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit
 Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan
 oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala
 Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.
• Pulang ke Ho Chi Minh dan melalui kawasan Fisherman Village. Tempat
 ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan
 dan hidupan laut yang lain.
• Bamboo Shop: Kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan
 dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah.
Bermalam di Ho Chi Minh.

4 - HO CHI MINH (SP)

• Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti membeli-belah di pasar
 Ben Thanh Market dan kawasan sekitar.
Lawatan tambahan:
Sungai Mekong : RM 120 pp
• Termasuk transport, tour guide, air mineral, lunch, boat, sampan, teh madu,
buah-buahan
• Tidak termasuk tipping naik sampan
Bermalam di Ho Chi Minh.

5 - HO CHI MINH - KUALA LUMPUR (SP)

Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market.
 Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang
 menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju,
 kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat
 banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.


Price List


Package Remarks

    5H4N DALAT + HO CHI MINH - From RM1,990

    Tour Code: SSD04-AK/MH-ST

    Departure Dates :

    2026: Jan 26 ; Feb 06 ; Apr 02, ,04, 08, 10, 16, 26, 27, 29
              May 01, 06, 08, 15, 29 ; Jun 11, 12, 16, 20, 25
              Jul 29 ; Aug 07

    Flight by: Malaysia Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK   

    •    Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.    
    •    Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).        
    •    Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.    
    •    Pengangkutan kereta jeep di padang pasir, Mongoland dan Alpine Rollercoaster.
    •    Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    •    Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    •    Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.    

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    •    Travel & Covid-19 lnsurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    •    Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    •    Insurans kembara (Travel insurance).
    •    Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    •    Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    •    Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    •    Perkara lain yang tidak  dinyatakan di dalam aturcara  program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/vietnam/da-lat/5h4n-dalat-ho-chi-minh for latest information.