Lawatan khas Bulan April:
Berkunjung ke Emirgan Park bagi melihat kecantikan musim bunga di Tulip Festival. Taman ini mempunyai 2 buah kolam besar dipenuhi dengan jutaan bunga Tulip pelbagai warna, sesuai untuk berfoto.
• Bergambar di hadapan Topkapi Palace (First Courtyard): Istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
• Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
• Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
• Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
Bermalam di Ankara.
Lawatan di Ankara:
• Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.
• Mosaleum Atarturk: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
Lawatan di Mt. Erciyes:
Melawat Mt. Erciyes Ski Resort (termasuk tiket cable car) untuk masa bebas bermain salji atau cuba belajar cara bermain ski (sewa but ski dan peralatan bermain ski tidak termasuk dalam pakej).
Bermalam di Cappadocia.
Lawatan di Cappadocia:
• Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang indah dengan formasi batuan yang unik.
• Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam ini bagi mengelak serangan musuh.
• Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
• Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery &
Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store.
• Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
Bermalam di Cappadocia.
Lawatan di Cappadocia:
Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.
Lawatan di Konya:
Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.
Bermalam di Pamukkale.
Lawatan di Pamukkale:
Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.
Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet. Bermalam di Bursa.
Lawatan di Bursa:
• Membeli-belah makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop.
• Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
• Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah yang dibina pada tahun 1421.
• Melawat ke Cumalizilik Village yang merupakan perkampungan dari zaman Uthmaniyyah yang bermula pada asekitar tahun 1300 semasa pembentukan Empayar Uthmaniyyah.
Lawatan di Istanbul:
• Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
• Membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan antara pasar terbesar dan tertua dibina sejak tahun 1455 lagi dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai.
Lawatan penerbangan pesawat Air Arabia sahaja:
Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
Bermalam di Istanbul.
Lawatan penerbangan pesawat Turkish Airlines dan AirAsia sahaja:
• Bosphorus Cruise: Menyusuri Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari, kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.
• Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
Lawatan penerbangan pesawat Air Arabia sahaja:
Menaiki Kapal Bosphorus Cruise dan membeli-belah di Spice Bazaar. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Transit di Sharjah.
Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1)
9H7M Turkiye + Mt. Erciyes - Muslim – dari RM4,590 seorang
Tour Code: WISE07-TK-ST
Departure Dates:
2026 : Dec 08, 15, 16
2027 : Jan 19, 20, 21, 22, 27, 29
Mar 25
Flight by: Turkish Airlines
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
Perkhidmatan ketua rombongan & pelancong yang professional.
Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Tiket melawat ke Ancient Hierapolis dan Underground City
Pengangkutan bot persiaran persendirian Bosphorus Cruise.
Tiket kereta kabel Mt. Erciyes Ski Resort.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
Travel Insurans - Sila rujuk agent untuk pembelian insurans yang sesuai
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Tiket masuk ke ke lawatan yang tidak dinyatakan.
Optional tour:
Paragliding Tour: USD120 pp - Hot Air Balloon (Cappadocia): USD350 pp
Hot Air Balloon (Pamukkale): USD250 pp - Jeep Safari (Cappadocia): USD90 seorang
Whirling Dervish (Cappadocia): USD50 pp.
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/turkey/turkey-group-tours/9h7m-turkiye-mt-erciyes-muslim for latest information.