Travel Date : From 09 December , 2025 To 04 February , 2026

5H4M BANGKOK + KANCHANABURI


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - BANGKOK (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Bangkok.
Lawatan di Bangkok:
• Menyusuri sungai Chao Phraya dengan menaiki bot persiaran
Chao Phraya River Tourist Boat sambil melihat beberapa tarikan
 sepanjang sungai ini seperti Wat Arun.
• Icon Siam: Merupakan pusat membeli-belah yang menampilkan
 pelbagai jenis barangan berjenama mewah dan jenama tempatan.
Bermalam di Bangkok.

2 - BANGKOK - RATCHABURI - KANCHANABURI (SP/MT/MM)

Lawatan di Ratchaburi:
• Maeklong Railway Market: Pasar yang unik dengan peniaga menjual
 barangan mereka di tepi rel keretapi dan akan mengalihkan barangan
 setiap kali keretapi lalu.
• Damnoen Saduak Floating Market: Pengalaman berharga menaiki
 sampan menyusuri terusan Damnoen Saduak yang menempatkan pasar
 terapung yang paling terkenal di dunia ini dan telah wujud sejak kurun
 ke-18 lagi.
Lawatan di Kanchanaburi:
• Merasai pengalaman berjalan dan bersiar-siar di jambatan kaca setinggi
 12m, Skywalk Over The River Kwai sepanjang 150m yang di sepanjang
 tebing muara pertemuan 3 buah sungai.
• Masa bebas dengan membeli-belah di JJ Local Night Market, pasar
 malam yang menawarkan pelbagai jenis makanan jalanan, produk
kecantikan, pakaian dan aksesori elektronik.
Bermalam di Kanchanaburi.

3 - KANCHANABUR (SP/MT/MM)

• Death Railway Bridge, juga dikenali sebagai Jambatan di Sungai Kwai, ia
 adalah sebahagian daripada Kereta Api Burma, kereta api sepanjang
 415 kilometer yang dibina semasa Perang Dunia II.
• Merasai pengalaman bermakna dengan menaiki Classic Train Ride yang
 melalui Death Railway dengan pemandangan damai River Kwai dan
 bukit-bukau.
• Berfoto di pokok gergasi berusia lebih 100 tahun sebesar pemeluk 10
 orang, Giant Monkey Pod Tree.
• Safari Park Kanchanaburi: Keunikan Taman Safari ini adalah pengunjung
 akan menaiki pengangkutan khas yang telah disediakan untuk melihat
 pelbagai jenis haiwan dan menikmati pertunjukan gajah dan buaya yang
 menarik, serta berpeluang memberi makan dan mengambil gambar
 haiwan.
Bermalam di Kanchanaburi.

4 - KANCHANABURI (SP/MT/MM)

Lawatan di Bangkok:
• Membeli batu permata di galeri Gems Factory.
• Erawadee Herb & Health Shop terkenal dengan perubatan tradisional
 Thai dan pakar dalam 100% ubat herba organik, kosmetik dan produk
 kesihatan yang dibangunkan menggunakan ubat tradisional Thai.
• Muslim Night Market: Menawarkan pelbagai jenis makanan halal,
 pakaian, aksesori dan barangan rumah yang bergaya, menjadikannya
 tempat yang bagus untuk membeli-belah.
Bermalam di Bangkok.

5 - BANGKOK - KUALA LUMPUR (SP/MT)

Melawat Bee Farm: Pengunjung dapat belajar mengenai kehidupan
 lebah dan penghasilan madu serta berpeluang membeli pelbagai
 produk berasaskan madu.
• Membeli makanan kering untuk dijadikan ole-ole di Bow Tip Thai Dried
 Food Store.
• Waktu bebas membeli belah di Pratunam Area dan Platinum Mall di
 Bangkok yang merupakan syurga membeli-belah bagi pencinta fesyen,
 menawarkan pelbagai pilihan pakaian trendy pada harga borong dan
 runcit yang sangat berpatutan dan murah.
Menaiki penerbangan pulang dan mendarat di KLIA Terminal 1.


Price List


Package Remarks

    5H4M BANGKOK + KANCHANABURI - From RM2,190

    Tour Code: SBK04-MH-ST

    Departure Dates:

    2026 : Jan 07 ; Feb 04

    Flight by: Malaysia Airlines / Air Asia

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK    

    •    Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.    
    •    Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).        
    •    Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.    
    •    Tiket masuk ke tempat lawatan: Skywalk Over The River Kwai, Safari Park Kanchanaburi, Classic Train Ride dan Chao Phraya River Tourist Boat.    
    •    Pengangkutan sampan di Damnoen Saduak Floating Market.
    •    Pengangkutan bas berhawa dingin yang selesa.
    •    Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    •    Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    •    Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    •    Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    •    Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    •    Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    •    Perkara lain yang tidak  dinyatakan di dalam aturcara  program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/thailand/bangkok/5h4m-bangkok-kanchanaburi for latest information.