Travel Date : From 02 February , 2024 To 25 September , 2024

5H4M TAIWAN + ALISHAN - Muslim


Itinerary

1 - Kuala Lumpur - Taipei - Taichung - Chiayi (MM)

- Berkumpul di KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Taipei.
Lawatan di Taichung:
• Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan. 

2 - Chiayi - Alishan (SP/MT/MM)

  • Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunungganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga berpeluang  bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.
  • Yuyupas Cultural Park: Melawat ke salah satu perkampungan orang asli di Taiwan. Terdapat rumahrumah tradisional mereka dengan jualan teh dan kopi buatan sendiri serta menonton cultural show. 
  • Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan

3 - Chiayi - Nantou - Taipei (SP/MT/MM)

• Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi. 
• Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman
• Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan.

4 - Taipei - Yehliu (SP/MT/MM)

  • Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling 
    terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat
  • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut. 
  • Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu. 
  • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948

5 - TAIPEI - KUALA LUMPUR (SP)

  • Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
  • Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini. 
  • Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA.


Price List


Package Remarks

    5H4M Taiwan + Alishan – dari RM3,290 seorang

    Departure Dates (2024):
    Apr – 19
    May –18 & 30
    Jun – 01, 20, 22 & 27
    Jul – 04 & 06
    Aug – 01, 09, 15, 16, 23, 29 & 30
    Sep – 17, 18, 19, 20 & 25

    Flight by: Malaysia Airlines / Air Asia X

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     

     


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut 
     aturcara.
    • Tiket masuk ke tempat lawatan: Alishan National Scenic Area, Yuyupas Cultural Park dan Yehlie Geopark
    • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
    • Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area,
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa  dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide  yang terlatih professional.
    • Tip untuk tour leader, tour guide dan  pemandu bas persiaran

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
    • Tiket observatori Taipei 101 Tower.
    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/taiwan/taiwan/5h4m-taiwan-alishan-muslim for latest information.