Travel Date : From 29 December , 2023 To 28 February , 2024

5H4M SALAM TAIWAN - Muslim


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR – TAIPEI – TAICHUNG (MT/MM)

  • Berkumpul di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Taichung.
  • Bergambar di National Taichung Theater yang dibina pada tahun 2014 dengan rekaan yang cukup unik dan merupakan tarikan utama di bandar ini.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah 
    lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto 
    Instagram dan penuh dengan ketenangan.
  • Waktu bebas untuk membeli-belah waktu malam di Fengjia Night Market juga dipanggil Fengjia Shopping Town.

2 - TAI CHUNG - NANTOU - YILAN (SP/MT/MM)

  • Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
  • Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi
  • Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zamanberzaman di Tea Experience Centre
  • Menikmati masa bebas dan bersantai berendam kaki di tarikan air panas semulajadi Tangweigou Hot Spring Park.
  • Melawat Shangrila Leisure Farm yang terletak setinggi 250m di atas puncak bukit Dayuan. Ladang ini menawarkan 
    pemandangan panorama indah gunung dan alam semulajadi yang indah. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah gyroscope, sesi DIY, sky lantern dan banyak lagi.

3 - YILAN - YEHLIU - TAIPEI (SP/MT/MM)

  • Yehliu Geo Park: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan 
    sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling 
    terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat
  • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar di Shifen Old Street yang merupakan sebuah kawasan bandar lama yang terdapat laluan keretapi dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan hasil kraf tradisional sambil meluangkan masa untuk berfoto di Shifen Waterfall. Di sini juga tetamu boleh mencuba aktiviti tradisional iaitu sky lantern dengan tambahan bayaran tertentu.
  • Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan

4 - TAIPEI - TAMSUI (SP/MT/MM)

  • Melawat Taiwan Cultural and Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
  • Taipei 101 Tower: Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan 
    World Financial Center.
  • Masa bebas untuk berfoto dan membelibelah di Taipei 101 Shopping Centre
  • Fisherman’s Wharf: Sebuah pelabuhan yang menjadi tempat para nelayan berlabuh dan terdapat beratus bot-bot kecil di sepanjang jambatan kayu ini
  • Lover’s Bridge: Jambatan putih yang dibina pada 2003 ini akan dilimpahi cahaya berwarna ungu merah jambu pada waktu malam, sesuai namanya.
  • Masa bebas untuk menerokai kawasan bandar lama Tamsui Old Street Plaza yang terletak di tebing Danshui River sambil berfoto dengan tarikan bersejarah di kawasan ini seperti keretapi lama yang dulu digunakan bagi menghubungkan Tamsui dan Taipei, dan juga kota lama Fort San Domingo.
  • Membeli-belah pada malam hari di Raohe Street Night Market yang merupakan antara kawasan tumpuan pelancong dan warga tempatan dengan pintu gerbangnya yang gemerlapan dan pelbagai barangan ada dijual

5 - TAIPEI - KUALA LUMPUR (SP/MT)

  • Melawat National Chiang Kai-shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden China itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall.
  • Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake.
  • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur


Price List


Package Remarks

    5H4M SALAM TAIWAN – dari RM3,590 seorang

    Departure Dates (2024):
    Feb – 28

    Flight by: Batik Air

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     

     


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar.
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut 
     aturcara.
    • Tiket masuk ke tempat lawatan: Tangweigou Hot Spring Park dan Shangrila Leisure Farm.
    • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
    • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
    • Tiket observatori Taipei 101 Tower.
    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/taiwan/taiwan/5h4m-salam-taiwan-muslim for latest information.