Travel Date : From 17 October , 2023 To 22 February , 2024

6H4M KOREA WINTER - Muslim


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - INCHEON

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

2 - INCHEON - CHUNCHEON (MT/MM)

  • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
  • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort

3 - Seoul - Imjingak - Paju - Seoul (SP/MT/MM)

  • Bridge of Freedom: Jambatan kayu yang menjadi saksi pertukaran ribuan tawananperang antara Korea Utara dan Selatan selepas berakhirnya Perang Korea.
  • Nuri Peace Park: Taman ini diwujudkan pada tahun 2005 dengan pelbagai binaan dan seni bina artistik menunjukkan harapan bersatunya semula negara Korea Utara dan Korea Selatan satu hari nanti
  • La Provence Village: Perkampungan dengan seni bina berkonsepkan ala-ala Perancis ini merupakan tempat yang sempurna untuk spot foto Instagram.
  • Majang Lake Suspension Bridge: Jambatan gantung ikonik sepanjang 220m merentasi Majang Lake dan juga terdapat menara tinjau setinggi 15m untuk menikmati pemandangan sekitar kawasan tasik ini.
  • Eunpyeong Hanok Village: Perkampungan yang terletak di kaki Bukhansan Mountain ini adalah tempat yang terbaik untuk melihat bentuk rumah tradisional orang Korea 600 tahun dahulu.
  • Membeli-belah di kawasan terkenal tengah bandar iaitu Dongdaemun Market dan Dongdaemun Design Plaza yang terkenal dengan rekabentuknya yang unik

4 - SEOUL (SP/MT/MM)

  • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
  • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
  • National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.
  • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
  • Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
  • Membeli-belah di Ginseng Center, Red Pine Tree Shop dan Duty Free Shop.
  • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
  • Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggyecheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.

5 - SEOUL - INCHEON (SP/MT/MM)

  • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan
    ini dipenuhi dengan segala macam jenik butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road
  • Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok. 
  • Membeli-belah di Amethyst Factory dan Cosmetic Shop.
  • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokokpokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang 
    menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
  • Hongdae University Street: Bersiar-siar dan membeli cenderamata atau barangan kraftangan saat akhir di kawasan yang menjadi tumpuan para pelajar universiti

6 - INCHEON - KUALA LUMPUR (SP)

  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur (tiba di KLIA Terminal 1/2)


Price List


Package Remarks

    6H4M KOREA WINTER – dari  RM4,490 seorang

    Departure Dates (2024):

    Feb – 16 & 22

    Flight by:  Air Asia X

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan. 
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* bintang sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes). 
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara. 
    • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island, Soyanggang Skywalk dan Gyeongbokgung Palace.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa. 
    • Pengangkutan feri ke Nami Island.
    • Pengangkutan golf cart di Hanuel Park.
    • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional. 
    • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/korea/south-korea/6h4m-korea-winter-muslim for latest information.