Travel Date : From 21 August , 2026 To 25 March , 2027

7H5M Klasik Eropah 4 Negara


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - LONDON

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke London. Transit Istanbul (bagi penerbangan Turkish Airlines). Bermalam di London.

2 - LONDON - HARWICH (SP/MM)

Lawatan di London:
•    Buckingham Palace: Istana rasmi pemerintah diraja England dan peserta berpeluang untuk melihat upacara pertukaran pengawal diraja dan berfoto di Victoria Memorial yang merupakan sebuah monumen air pancut di hadapan istana.
•    Palace of Westminster: Bangunan Parlimen tempat persidangan ahli-ahli politik UK yang amat terkenal dengan menara jam ikonik Big Ben dan berhampiran dengannya iaitu ferris wheel gergasi London Eye.
•    Westminster Abbey yang menjadi tempat pertabalan raja dan perkahwinan keluarga diraja.
•    Trafalgar Square yang merupakan sebuah dataran terkenal sempena kemenangan British dalam Battle of Trafalgar pada tahun 1805 dan menempatkan Nelson’s Column iaitu sebuah menara dikelilingi 4 ekor singa.
•    Tower of London yang kini merupakan istana menyimpan mahkota pemerintah United Kingdom dan Tower Bridge iaitu jambatan yang cukup terkenal sebagai ikon London.
Downing Street yang menempatkan pejabat Perdana Menteri UK dan juga bangunan yang cukup unik iaitu City Hall yang terletak di The Queens Walk.
Houses of Parliment berfungsi sebagai tempat pertemuan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan. Bangunan Parliment terletak di tebing utara Sungai Themes di Bandar Westminster di tengah Kota London, England.
•    Masa terluang untuk berfoto di Marble Arch yang dibina pada tahun 1850 di Hyde Park dan membeli-belah di tengah kota London iaitu di Oxford Street yang menempatkan pelbagai gedung membeli-belah terkenal seperti Primark, Marks & Spencer dan Lilywhites.
•    Membeli-belah di tengah kota London iaitu di Oxford Street di mana hampir 300 kedai dengan pelbagai gedung membeli-belah terkenal seperti Primark, Marks & Spencer dan Lilywhites.
•    Menikmati pengalaman membeli-belah di Battersea Power Station yang menawarkan pelbagai jenama terkenal, pilihan restoran halal, di samping berpeluang mencuba aktiviti menarik seperti Chimney Lift Experience dan Jurassic World Experience.
•    Bermalam satu malam di atas kapal dari Harwich ke Hook of Holland yang memberikan pengalaman yang unik, di mana dapat menikmati suasana yang tenang sambil melintasi perairan menuju destinasi baru.

3 - AMSTERDAM (SP/MM)

Lawatan di Amsterdam:
•    Dibawa ke perkampungan tradisi orang Belanda di Zaanse Schans, di mana peserta berpeluang berfoto secara dekat dengan pelbagai jenis kincir angin tradisional yang terdapat di sini.
•    Lihat sendiri pembuatan terompah kayu tradisional di Wooden Shoe Workshop dan cara pembuatan keju di Cheese Farm •   •   •    Catharina Hoeve. Bersolat di Fatih Mosque yang dahulunya merupakan sebuah gereja Katolik yang dibina pada tahun 1921.
•    Melawat galeri pembuatan berlian Gassan Diamonds.
•    Rasai pengalaman unik menaiki Canal Cruise menyusuri sepanjang terusan di kota ini sambil melihat bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Amsterdam.
•    Waktu bebas di Damrak Square yang menempatkan Royal Palace, National Monument, Amsterdam Centraal dan membeli-belah di kawasan tumpuan orang tempatan iaitu Kalverstraat.
•    Bermalam di Amsterdam.

4 - AMSTERDAM - BRUSSEL - PARIS (SP/MM)

Khas Lawatan Bulan April:
Melawat dan bergambar di Keunkenhof Garden juga dikenali sebagai Taman Eropah adalah salah satu taman bunga terbesat di dunia yang terletak di Netherland. Keluasan taman ini adalah seluas 32 Hektar dan dianggarkan terdapat 7 Juta jenis bunga yang ditanam di sini.
Lawatan di Brussels: 
•    Bergambar di Atomium, sebuah struktur atom unik yang dibina sempena Brussels World’s Fair 1958.
•    Melawat Grand Place yang terletak di tengah bandar Brussels di mana terletak sekelilingnya Flamboyant Town Hall, Guilds of Brussels dan King’s House dan akhirnya dibawa ke tugu ikonik lagenda Manneken Pis.
•    Peserta boleh mencuba makanan terkenal di sini iaitu waffle dan membeli coklat buatan tempatan.
Bermalam di Paris.

5 - PARIS (SP/MM)

Lawatan di Paris: 
•    Galeries Lafayette rangkaian pusat membeli-belah Perancis yang mewah dan terbesar di Eropah. Galeri utamanya di Boulevard Haussmann, Paris tetapi kini beroperasi di beberapa lokasi lain. Pengunjung dapat membeli belah dan menghayati seni bina bangunan yang sangat menarik.
•    Bersiar menaiki bas melepasi Louvre Museum di mana potret Monalisa dipamerkan, Les Invalides yang pernah menjadi hospital tentera satu ketika dahulu dan Palais Garnier yang merupakan sebuah teater opera yang boleh memuatkan hampir 2,000 orang.
•    Bergambar di Arc de Triomphe yang cukup terkenal sebagai tanda penghormatan kepada wira Perancis ketika French Revolution dan Peperangan Napoleon.
•    Ei°el Tower: Menara ikonik kota Paris yang dibina sempena World’s Fair lebih 130 tahun dahulu.
•    Bersolat di Grand Mosque Paris yang dibina pada tahun 1926 dengan menaranya setinggi 33m dan terletak berhampiran Notre-Dame Cathedral yang merupakan salah satu binaan Gothic yang unik.  
Bermalam di Paris.

6 - PARIS - KUALA LUMPUR

  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit Istanbul (bagi penerbangan Turkish Airlines).

7 - KUALA LUMPUR

  • Tiba di Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    7H5M Klasik Eropah 4 Negara – from RM7,990 seorang

    Tour Code: WLC05-MHTK-ST

    Departure Dates:
    2026 : Oct 01 ; Nov 25 ; Dec 17
    2027 : Jan 22, 26, 28, 30 
              Mar 20, 25 

    Flight by: Turkish Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK

    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel & makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan ketua rombongan & pelancong yang professional.
    • Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
    • Tiket melawat galeri Gassan Diamonds.
    • Pengangkutan bot Canal Cruise Amsterdam.
    • Pengangkutan kapal dari Harwich ke Hook of Holland.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    • Travel Insurans – Sila rujuk agent untuk pembelian insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
    • Urusan permohonan visa (UK ETA) perlu dilakukan oleh travel agent sendiri.

AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/europe/western-europe-group-tours/7h5m-klasik-eropah-4-negara for latest information.