Travel Date : From 19 April , 2023 To 24 August , 2023

9D7N BALKANS - Muslim Tours


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - ISTANBUL - SKOPJE

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Skopje (transit di Istanbul)

2 - SKOPJE - TETOVO - OHRID (SP/MT/MM)

  • Skopje Kale Fortress: Kota pertahanan yang terletak di tengah bandar Skopje ini dibina seawal kurun ke-6 lagi.
  • Stone Bridge: Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota ini dibina pada tahun 1451.
  • Alexander The Great Statue: Tugu setinggi 14.5 m ini dibina pada tahun 2011 sempena 20 tahun kemerdekaan Republic of 
    Macedonia.
  • Masa bebas di Macedonia Square sambil membeli-belah cenderamata dan makanan tradisi di Old Bazaar
  • Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna-warni ini dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid ini.
  • Haji Turgut Mosque: Masjid yang tertua di sini yang dibina pada tahun 1466.
  • Abedin-Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada abad ke-17 yang turut menempatkan makam Emir pertama Ohrid.
  • Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree yang berusia lebih 1000 tahun dan membeli-belah di Old Bazaar Street.
  • Nikmati pemandangan indah Lake Ohrid yang cukup indah dan luas umpama lautan.
  • Monastery of St. Naum: Biara Ortodoks ini dibina di tebing Lake Ohrid sejak tahun 905 ketika zaman Bulgarian Empire.

3 - OHRID - TIRANA - SHKODER (SP/MT/MM)

  • Ethem Bey Mosque: Dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini.
  • Clock Tower of Tirana: Menara jam setinggi 35m yang dibina pada tahun 1811.
  • Lawatan bas panorama melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan 
    Skanderbeg Monument
  • Rozafa Castle: Kota pertahanan dan kediaman zaman Illyrian ini dibina pada kurun ke-9 dan pernah menjadi medan 
    pertempuran beberapa kerajaan kerana lokasinya yang amat strategik.
  • Lead Mosque: Dibina pada tahun 1773 oleh Pasha Albania dan pernah ditutup selama 23 tahun zaman komunisme

4 - SHKODER - KOTOR - DUBROVNIK (SP/MT/MM)

  • Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m dan antara 
    tarikan di sini ialah Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of 1555
  • Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai  Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya 
     destinasi wajib jika ke Balkans. Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s 
    Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar di sepanjang jalan utama

5 - DUBROVNIK - BLAGAJ - MOSTAR (SP/MT/MM)

  • Berfoto dan menikmati pemandangan yang amat indah di mata air Buna River Spring
  • Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan.
  • Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki. 
  • Membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River

6 - MOSTAR - SARAJEVO (SP/MT/MM)

  • Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini.
  • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan 
    bekalan makanan dan ubatan ketika mana pada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia.
  • Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica.
  • Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral.

7 - SARAJEVO - AHMICI - JAJCE - BIHAC (SP/MT/MM)

  • Melawat 116 Monument di perkampungan kecil Ahmici di mana terjadinya tragedi pembunuhan 116 orang penduduk dalam 
    satu pagi oleh tentera Croatia ketika Perang Bosnia.
  • Berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan Watermills Open Air Museum yangcukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River di Jajce

8 - BIHAC - PLITVICE - ZAGREB - ISTANBUL (SP/MT)

  • Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan.
  • Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Skale Model, Ban Jelacic 
    Statue dan Lotrscak Tower.
  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

9 - ISTANBUL - KUALA LUMPUR

Tiba di lapangan terbang KLIA.


Price List


Package Remarks

    9D7N BALKANS (5 Negara) – dari RM6,790 seorang

    Departure Dates (2023):

    Jul 13
    Aug 17 & 24

    Flight by: Turkish Airlines

    Muat Turun Flyer

    Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Tiket masuk ke tempat lawatan: Vrelo Bosne, Tunnel of Hope, Kotor Old Town dan Plitvice Lakes.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
    • Tip untuk tour leader, tour guide dan pemandu bas persiaran

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/europe/balkan-group-tours/9d7n-balkans-muslim-tours for latest information.