Travel Date : From 19 April , 2023 To 01 June , 2023

107B ITALY + BALKANS - Muslim Tours


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - ISTANBUL

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Milan melalui Istanbul (transit di Istanbul).

2 - ISTANBUL - MILAN - VENICE (SP/MM)

  • Sforzesco Castle: Salah satu kota pertahanan yang terbesar di Eropah yang dibina pada zaman Medieval abad ke-14 oleh pemerintah Milan, Francesco Sforza.
  • Galleria Vittorio Emanuele II: Galeri pusat membeli-belah yang tertua di Itali sejak tahun 1877 lagi yang menempatkan pelbagai butik berjenama yang terkenal seperti Prada, Gucci dan LV.
  • Milan Cathedral: Sebuah gereja binaan Gothic yang menjadi ikon kota Milan yang dibina sejak tahun 1386.
  • Teatro alla Scala: Panggung opera yang cukup terkenal di dunia yang dibina pada tahun 1778. 

3 - MILAN - VENICE (SP/MM)

  • San Marco Square: Dataran utama yang menempatkan pelbagai tarikan di sekitarnya seperti gereja San Marco Basilica dan juga menjadi tapak bagi sebarang acara utama di pulau ini.
  • Doge`s Palace: Istana kediaman pemerintah Venice dahulu yang dibina pada 1340 dengan ukiran bercirikan Gothic 
    dan kini menjadi muzium.
  • Bridge Of Sighs: Sebuah jambatan terkenal dengan kisah cinta Casanova yang menyambungkan Doge`s Palace dengan 
    penjara.
  • San Marco Campanile: Menara loceng setinggi 99m dibina pada tahun 1912 selepas menara asalnya yang dibina pada tahun 1514 runtuh pada tahun 1902.
  • Grand Canal: Terusan utama dan terbesar di kepulauan ini yang memisahkan antara San Marco dan San Polo dan  dihubungkan dengan Rialto Bridge, jambatan ikonik dan tertua di kota Venice yang siap dibina pada tahun 1591
  • Masa bebas untuk membeli buah-buahan dan cenderamata di Rialto Market

4 - VENICE - LAKE BLED - LJUBLJANA (SP/MM)

  • Berfoto pemandangan panorama indah di Lake Bled yang merupakan salah satu tasik yang terkenal di Eropah dengan Bled Island di tengahnya. Dengan tambahan bayaran, tetamu boleh menaiki bot ke pulau kecil ini dan menyusuri sepanjang tasik ini sambil mengambil foto Bled Castle yang terletak diatas bukit menghadap tasik
  • Preseren Square: Dataran utama yang terletak di tengah bandar dan menjadi pusat tumpuan penduduk tempatan untuk 
    beristirehat di samping di sini juga terletaknya binaan-binaan ikonik di bandar ini.
  • Triple Bridge: 3 buah jambatan kembar yang dibina pada tahun 1842 yang merentasi Ljubljanica River dan menghubungkan 
    antara bandar lama dan bandar baru.
  • Dragon Bridge: Jambatan unik di tengah kota yang terdapat patung-patung naga seperti mengawal mereka yang melintasi jambatan ini.
  • Masa bebas untuk membeli-belah cenderamata dan buah-buahan di Ljubljana Central Market.
  • Berfoto di Ljubljana Town Hall yang dibina pada 1717 dan air pancut Robba Fountain yang terletak di hadapannya

5 - LJUBLJANA - ZAGREB - PLITVICE LAKES - BIHAC (SP/MM)

  • Melawat sekitar kota Zagreb terutamanya di Ban Jelacic Square yang terdapatnya Zagreb City Scale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower.
  • Melawat dan bersiar-siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai 
    panggilannya, kawasan ini cukup indah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan

6 - BIHAC - JAJCE - MOSTAR (SP/MM)

  • Berfoto di air terjun Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu di atas Pliva River.
  • Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina 
    Islamik Balkan.
  • Koski Mehmed Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki.
  • Membeli-belah cenderamata di Bazar Kjundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River

7 - MOSTAR - BLAGAJ - DUBROVNIK - TREBINJE (SP/MM)

  • Berfoto dan menikmati pemandangan sungai yang amat indah di kawasan punca mata air Buna River Spring.
  • Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya 
    destinasi wajib jika ke Balkans. Melawat tarikan utama di dalam tembok kota ini seperti Large Onofrio’s Fountain, 
    Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, Orlando’s Column dan juga bersiar-siar di sepanjang jalan utama Stradun

8 - TREBINJE - KOTOR - SARAJEVO (SP/MM)

  • Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang tercantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m dan antara 
    tarikan di sini ialah Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate of 1555.

9 - SARAJEVO - ISTANBUL (SP)

  • Bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini.
  • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina ketika Perang Bosnia dan digunakan penduduk setempat bagi mendapatkan 
    bekalan makanan dan ubatan ketika mana pada waktu itu bandar Sarajevo dikepung oleh tentera Serbia
  • Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica.
  • Temui dan ambil foto Sarajevo Roses, nama panggilan kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah membentuk seakan bunga ros di hadapan Sacred Heart Cathedral
  • Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul). 

10 - ISTANBUL - KUALA LUMPUR

  • Tiba di lapangan terbang KLIA


Price List


Package Remarks

    107B ITALY + BALKANS – dari RM7,990 seorang

    Departure Date: 01 Jun 2023

    Flight by: Turkish Airlines

    Muat Turun Flyer

    Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK
    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Tiket masuk ke tempat lawatan: Plitvice Lakes, Tunnel of Hope, Vrelo Bosne dan Kotor Old Town
    • Pengangkutan bot dari Tronchetto ke San Marco (Venice).
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
    • Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program. 
    • Harga lawatan tambahan (optional tour):
    - Gondola boat ride (Venice): EUR50 seorang
    - Lake cruise boat (Lake Bled): EUR30 seorang
    • Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati
    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.


AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/europe/balkan-group-tours/107b-italy-balkans-muslim-tours for latest information.