Travel Date : From 19 August , 2026 To 21 August , 2027

9H7M Enchanting Yunnan & Shangri-la


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - KUNMING

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Kunming. Bermalam di Kunming. 

2 - KUNMING - DALI (SP/MT/MM)

Lawatan di Dali: 
•    Santorini China: Merupakan tempat pelancongan yang diilhamkan dari senibina Pulau Santorini di Greece. Pengunjung dapat menikmati pemandangan laut yang cantik, berbelanja di kedai-kedai yang unik. Tempat ini sangat mesra terhadap semua tetamu dari peringkat umur.
•    Dali Ancient Town: Merupakan diantara tempat pelancongan paling popular di Yunnan. Kota ini dipelihara oleh kerajaan tempatan dengan melarang sebarang pembinaan moden di bandar lama ini. Para tetamu yang berkunjung dapat menikmati kombinasi pengalaman yang unik seperti senibina bersejarah, keindahan alam dan kebudayaan.
• Foreigner Street di Dali merupakan jalan popular dalam Dali Ancient Town yang penuh dengan kedai kraf, kafe dan restoran. Kawasan ini mula terkenal sejak tahun 1980-an apabila ramai pelancong asing menetap di sini, lalu mewujudkan suasana antarabangsa. Pelancong boleh berjalan-jalan menikmati seni bina purba, membeli cenderamata, mencuba makanan tempatan dan barat, serta menikmati muzik jalanan yang meriah.
Bermalam di Dali.

3 - DALI - SHANGRI˜LA (SP/MT/MM)

Lawatan di Shangri-la: 
•    Tiger Leaping Gorge Scenic Area menawarkan pengalaman alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung yang eskslusif. Dan air sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam didalam kenangan.
•    Dukezong Old Town ialah bandar Tibet yang berusia lebih 1,300 tahun, disini juga terkenal dengan lorong batu yang dipenuhi gerai seni, kedai kraftangan, muzium dan rumah teh. Pelancong boleh berjalan di antara rumah kayu purba, menyaksikan gegantung bendera doa, menziarahi Guishan Park dan ‘giant prayer wheel’, menikmati tarian Guozhuang, serta merasai makanan.
Bermalam di Shangri-la. 

4 - SHANGRI˜LA - LIJIANG (SP/MT/MM)

Lawatan di Shangri-la: 
Nah Pah Hai Lake ialah tasik bermusim di altitud 3,270m, dikelilingi padang rumput luas dan gunung bersalji. Pelancong boleh berbasikal atau berkuda mengelilingi tasik, menikmati panorama padang rumput serta memerhati reruntuhan Kuil Gunyin dan kehidupan masyarakat Tibet tempatan.
Lawatan di Lijiang: 
•    Bersiar-siar di Heilongtan Park yang terkenal dengan pemandangan alam yang menakjubkan terutama pemandangan berlatar belakang Gunung Yulong yang tinggi dan pantulan gunung dan langit di permukaan tasik menjadikan ia tempat rekreasi yang popular bagi penduduk setempat dan pelancong.
•    Lijiang Ancient Town, Sifang Street adalah sebuah bandar lama yang terkenal di China dan memiliki daya tarikan pelancong yang unik. Bandar ini terkenal dengan arsitektur silam yang menarik. Seperti rumah tradisional, batu yang disusun menjadi jalan sepanjang bandar dan sistem air kuno. Tetamu juga akan disajikan dengan pemandangan indah Taman Nasional Gunung Yulong. Dan menjadikan tempat ini adalah daya tarikan bagi mereka yang tertarik dengan sejarah, budaya dan keindahan alam China yang unik.
Bermalam di Lijiang.

5 - LIJIANG (SP/MT/MM)

Lawatan di Lijiang: 
Snow Mountain Glacier Park adalah destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun. Taman ini mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan pinus, hutan birch serta bongkah ais yang mempesonakan. Pengunjung dapat menikmati pemandangan spektakuler dari ketinggian menggunakan kabel gondola. Selain itu, taman ini menawarkan berbagai aktivitas luar ruangan seperti trekking, mendaki, dan mengunjungi desa-desa lokal di sekitarnya. Keberag aman hayati di taman ini menambah daya tariknya sebagai salah satu destinasi alam yang menakjubkan di sini.
Melawat dan bersiar-siar di Blue Moon Valley adalah destinasi semula jadi yang menakjubkan di wilayah ini. Terkenal dengan airnya yang berwarna putih susu dan berwarna biru pada lembah ini dikelilingi oleh pergunungan hijau yang menambah keindahan alaminya. Pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun kecil dan kolam biru yang menakjubkan, serta menjelajahi lanskapnya dengan berjalan kaki di sepanjang pejalanan kaki yang disediakan tepi sungai. Blue Moon Valley menawarkan pengalaman alam yang menenangkan dan memukau, menjadikannya salah satu tarikan utama bagi tetamu yang berkunjung ke Lijiang.
Impession Lijiang Show adalah persembahan kebudayaan luar yang menakjubkan. Persembahan ini menampilkan lebih 500 pelakon tempatan, termasuk etnik monoriti, yang mempersembahkan tarian tradisional, nyanyian dan cerita rakyat yang memukau. Pelancong dapat menikmati gabungan seni persembahan dan pemandangan alam yang mempesona, sambil mempelajari budaya dan tradisi unik masyarakat Yunnan.
Bermalam di Lijiang.

6 - LIJIANG - DALI (SP/MT/MM)

Lawatan di Dali:
•    Muslim Village (DIY Milk Fan) adalah salah satu penghuni asal Hui sejak zaman Dinasti Tang, menampilkan masjid tradisional dan pelancong boleh mencipta kipas ‘DIY Milk Fan’, melawat masjid, menikmati pemandangan tasik Erhai serta berinteraksi dengan komuniti tempatan.
•    Erhai Ecological Corridor di Dali ialah tempat yang merangkumi laluan berbasikal dan pejalan kaki, wetland pendidikan, stesen rehat panoramik, serta taman kanakkanak ekologi. Pelancong boleh menikmati pemandangan tasik, berbasikal melalui kampung tradisional, menyertai program pendidikan alam, dan berehat di kafe atau stesen rehat sambil menyaksikan burung migrasi.
Bermalam di Dali.

7 - DALI - KUNMING - (BULLET TRAIN) (SP/MT/MM)

Meluangkan masa di Dounan Flower Market dan merasai pengalaman berada di pasar bunga terbesar di Asia. Pasar ini menjadi tarikan popular pelancongan di Kunming kerana pemandangan barisan bunga segar yang tersusun rapi, berwana- warni dan keharuman bunga dari pelbagai jenis. Bermalam di Kunming. 

8 - KUNMING (SP/MT/MM)

Lawatan di Kunming:
•    Membeli-belah di New Luosiwan International Wholesale Market yang terkenal dengan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, kraftangan, perabot dan banyak lagi pada harga borong. Selain itu, pelancong dapat menyaksikan budaya tempatan melalui kraftangan tradisional untuk menikmati suasana pasar yang sibuk.
•    Bersolat di Shuncheng Mosque. Masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) yang merupakan satu-satunya dinasti di China yang aktif menyebarkan agama islam.
•    Jinbi Square: Sebuah kota moden di Dali yang menjadi titik pertemuan diantara penduduk setempat dan pengunjung. Tempat ini mempunyai bangunan rekabentuk sentuhan China yang khas. Tempat ini sering menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara komuniti, pertunjukan seni dan festival. Menjadikanya tempat tumpuan bagi pengunjung dan orang tempatan.
•    Nanqiang Market: Dikenali sebagai "Internet Celebrity Night Market" di Kunming,  adalah sebuah daerah kebudayaan dan komersial yang mengekalkan gaya dan ciri-ciri bangunan bersejarah, yang meliputi pelbagai format seperti katering, hiburan, dan teater. Nanqiang Street dan Alley adalah salah satu daerah komersial utama di Kunming. Kedai-kedai yang berlampu indah, makanan ringan yang mempesonakan, dan persembahan yang indah menarik ramai pelancong untuk datang setiap malam.

9 - KUNMING - KUALA LUMPUR

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Price List


Package Remarks

    9H7M Enchanting Yunnan & Shangri-la - From RM4,290 seorang

    Tour Code: CKS07-OD-ST

    Departure Dates:

    2026 : Oct 17 ; Nov 14, 24, 28
               Dec 15, 26
    2027 : Jan 23 ; Apr 03, 10, 24 ; May 08, 15, 25, 29
              Jun 05, 19 ; Jul 10, 24 ; Aug 21

    Flight by Batik Air 

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu

     


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK

    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Termasuk dengan tiket lawatan.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
    • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
    • Shopping Stop: Tongrentang Herbs, Silk Shop dan Zheng He Cultural Exchange Center.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/china/yunnan-group-tours/9h7m-enchanting-yunnan-shangri-la for latest information.