Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.
Lawatan di Beijing:
• Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
• Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court.
• Masjid Nandouya merupakan salah satu masjid tertua di bandar itu. Ia mempunyai seni bina tradisional Cina dengan pengaruh Islam, berfungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti.
• Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
• Menikmati pemandangan waktu malam Sungai Liangma yang sangat menakjubkan dengan pantulan cahaya neon di permukaannya. Laluan tepi sungai yang diterangi lampu mencipta suasana romantik dan tenang untuk pelancong.
Bermalam di Beijing.
• Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan dipanjangkan oleh maharajamaharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368.
• Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun- temurun.
• Kunjungi Jade Center, terkenal dengan koleksi batu jed berkualiti tinggi yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China.
• Berfoto di Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
• Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
Bermalam di Beijing.
Lawatan bulan Disember - Februari
• Istana Musim Panas (Summer Palace) di Beijing ialah taman diraja terbesar di China, terkenal dengan landskap indahnya, tasik yang luas, dan seni bina klasik. Dahulu tempat peristirahatan diraja, kini ia menjadi tarikan pelancongan popular.
• Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
• Herbal Medicine Centre adalah tempat yang menawarkan rawatan tradisional menggunakan herba semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan. Ia sering menyediakan perkhidmatan seperti diagnosis perubatan Cina, akupunktur, dan ramuan herba khas.
• Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
• Hongqiao Market (Paasar Hongqiao) di Beijing terkenal sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan, termasuk mutiara, batu permata, sutera, elektronik, dan cenderamata. Ia sering dikunjungi pelancong yang mencari mutiara berkualiti tinggi dan barangan buatan tangan dengan harga yang boleh dirunding.
Bermalam di Beijing.
Bermalam di Beijing.
6H4M Beijing + Universal Studio – from RM 3,390 seorang
Departure Dates:
2026: May 30, 31 ; Jun 13
Sep 21 ; Dec 02, 11
2027: Jan 07, 29 ; Mar 21
Flight by: Malaysia Airlines
*This package & tours are conducted by Suka Travel
Muat Turun Flyer
HARGA PAKEJ TERMASUK
• Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
• Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
• Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
• Termasuk dengan ticket lawatan.
• Pengangkutan bas berhawa dingin yang selesa.
• Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
• Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
• Shopping Complulsory: Jade Shop, Handicraft Shop.
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
• Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
• Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
• Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
• Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
• Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com
Please head to https://www.aftravel.my/china/beijing-group-tours/5h6h4m-beijing-universal-studios-muslim for latest information.