Travel Date : From 09 December , 2025 To 12 June , 2026

5H/6H4M BEIJING - Muslim


Itinerary

1 - KUALA LUMPUR - BEIJING

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing

2 - BEIJING (MT/MM)

  • Lawatan di Beijing:
    • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada
     Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana rekabentuknya sangat unik seakan
     berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat
     daripada besi keluli yang dianyam menghasilkan corak seperti jeriji.
    • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik
     berbentuk kiub besar buih sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman
     air dan juga sebagai taman beriadah.
    • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina
     pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan seni
     campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan disini ada disimpan kitab
     Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang
     tentera Genghis Kham pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika
     Dinasti Ming.
    • Membeli-belah di Muslim Supermarket, dimana tetamu boleh mendapat
     barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu,
     roti dan juga kacang-kacang seperti buah berangan, almond dan lain-lain
    Bermalam di Beijing.

3 - BEIJING (SP/MT/MM)

  • Lawatan di Beijing:
    • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh
     dengan sejarah. Antaranya adalah tragedi demonstrasi pro demokrasi para
     pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan penting seperti
     Monument to the People's Heroes, Great Hall of the People dan Gate of
     Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum
     of China.
    • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina
     pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok
     setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan
     maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi
     kepada 2 bahagian; Outer dan Inner Court.
    • Masjid Nandouya merupakan salah satu masjid tertua di bandar itu. Ia
     mempunyai seni bina tradisional Cina dengan pengaruh Islam, berfungsi
     sebagai pusat ibadah dan komuniti.
    • Herbal Medicine Centre adalah tempat yang menawarkan rawatan
     tradisional menggunakan herba semula jadi untuk kesihatan dan
     kesejahteraan. Ia sering menyediakan perkhidmatan seperti diagnosis
     perubatan Cina, akupunktur, dan ramuan herba khas.
    • Menyaksikan persembahan penuh dengan illusi, mistik dan mendebarkan
     di Acrobatic Show pada sebelah petang.
    • Menikmati pemandangan waktu malam Sungai Liangma yang sangat
     menakjubkan dengan pantulan cahaya neon di permukaannya. Laluan tepi
      diterangi lampu mencipta suasana romantik dan tenang untuk
     pelancong.
    Bermalam di Beijing.

4 - BEIJING (SP/MT/MM)

  • Lawatan di Beijing:
    • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu
     keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masihi dan
     dipanjangkan oleh maharajamaharaja yang memerintah negara China
     sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat
     ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina
     oleh Dinasti Ming pada 1368.
    • Bersolat di masjid lama Fayuan Mosque, yang dibina ratusan tahun dahulu
     oleh Dinasti Qing.
    • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional
     China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-
     temurun.
    • Masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di Wangfujing Street
    yang merupakan kawasan membeli-belah yang terbesar dan paling
    kenal di China yang wujud beratus tahun dahulu sejak dari zaman
     Dinasti Ming lagi.
    Bermalam di Beijing.
    Lawatan bulan Disember - Februari
     • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di
     Ski Resort.
     Kos Tambahan:
     • Sewa pakaian Ski RM 100, sewa peralatan Ski RM 250 &
     Sled luncur (pilihan) RM60

5 - BEIJING (SP/MT/MM)

  • Lawatan di Beijing:
    • Istana Musim Panas (Summer Palace) di Beijing ialah taman diraja terbesar
     di China, terkenal dengan landskap indahnya, tasik yang luas, dan seni
     bina klasik. Dahulu tempat peristirahatan diraja, kini ia menjadi tarikan
     pelancongan popular.
    • Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi
     orang China di Jade Center.
    • Hongqiao Market di Beijing terkenal sebagai destinasi membeli-belah
     pelbagai barangan, termasuk mutiara, batu permata, sutera, elektronik,
     dan cenderamata. Ia sering dikunjungi pelancong yang mencari mutiara
     berkualiti tinggi dan barangan buatan tangan dengan harga yang boleh
     dirunding.
    • Membeli-belah di Silk Market. Sesuai namanya, kawasan ini terkenal
     menjual kain pakaian sutera dan di sini terdapat Silk Market yang setinggi
     6 tingkat dengan lebih 1,000 buah kedai yang menjual pelbagai jenis
     barangan dan cenderamata selain sutera
    • Melawat The Place, bangunan yang cukup terkenal dengan World’s
     Largest LED Screen. Layar skrin LED ini digunakan untuk memaparkan
     pelbagai animasi termasuk berita, iklan dan visual artistik.
    Bermalam di Beijing.

6 - BEIJING - KUALA LUMPUR (SP)

Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur


Price List


Package Remarks

    5H/6H4M Beijing From RM3,090 seorang

    Tour Code: CBA04-MH-ST

    Departure Dates:
    2026: Jan 09 ; Feb 06 ; Apr 10, 28
             May 29 ; Jun 12

    Flight by: Malaysia Airlines

    *This package & tours are conducted by Suka Travel

    Muat Turun Flyer

     Bahasa Melayu


Inclusive

    HARGA PAKEJ TERMASUK

    • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
    • Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
    • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
    • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
    • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
    • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
    • Shopping Compulsory: Herb, Burning Cream & Jewelry Store.

Exclusive

    HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

    • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
    • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

AF Travel Sdn. Bhd.
Bangunan Ming, Second Floor, Jalan Bukit Nanas, 50250, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2687 9688 Fax : 603-2687 9678
Office Hours : Monday - Friday : 0900 – 1800 hrs (Closed on Saturdays, Sundays & Public Holidays)
email : inquiry@aftravel.com.my
Website : www.aftravel.com.my / www.lcc-aftravel.com

Please head to https://www.aftravel.my/china/beijing-group-tours/5h6h4m-beijing-muslim for latest information.